vic_logo
coronavirus.vic.gov.au

Nasihat tentang kesihatan dan sekatan-sekatan (Health advice and restrictions) - Bahasa Melayu (Malay)

Penerangan, laporan terbaru dan nasihat tentang wabak koronavirus (COVID-19).

Jika ada persoalan, sila hubungi talian koronavirus 1800 675 398 (24 Jam sehari).
Jika memerlukan jurubahasa, hubungi TIS National 131 450, atau Talian Penting Koronavirus 1800 675 398 kemudian tekan 0.
Jangan gunakan talian Triple Zero (000) kecuali untuk kecemasan sahaja.

Apa yang mesti anda ingati

Terdapat perkara-perkara penting yang boleh kita lakukan supaya keluarga dan komuniti kita selamat daripada koronavirus (COVID-19):

  • Kerap basuh tangan anda. Gunakan sabun dan air atau gunakan sanitiser tangan. Ini membantu menjaga keselamatan kita daripada koronavirus (COVID-19), yang boleh hidup di pelbagai permukaan selama beberapa hari.
  • Jaga jarak sekurang-kurangnya 1.5 meter dari orang lain.
  • Anda mesti memakai pelitup muka apabila meninggalkan rumah. Ini termasuk di dalam dan di luar. Langkah ini mengurangkan risiko penyebaran COVID-19.
  • Anda tidak dibenarkan menerima pelawat di rumah anda atau melawat orang lain. Pasangan intim dibenarkan melawat anda di rumah.
  • Anda hanya dibenarkan pergi sehingga 5km dari rumah anda untuk membeli barang dan khidmat yang perlu, dan untuk bersenam.
  • Jika anda berasa kurang sihat, dapatkan ujian dan duduk di rumah. Dapatkan ujian awal-awal lagi walaupun tanda gejala anda ringan, demi melambatkan penyebaran koronavirus (COVID-19).
  • Ujian koronavirus (COVID-19) disediakan percuma untuk semua orang. Ini termasuk orang yang tidak mempunyai kad Medicare seperti pelawat dari luar negara, pekerja migran dan orang yang mencari suaka.
  • Dapatkan vaksinasi COVID-19 sekiranya anda layak.

Tahap sekatan semasa di Victoria

Victorian Chief Health Officer (Ketua Pegawai Kesihatan Victoria) boleh mengubah syarat-syarat sekatan sekiranya keadaan berubah.

Mulai 11:59 malam pada hari Khamis 15 Julai 2021

Ada lima alasan sahaja yang dibenarkan untuk meninggalkan rumah anda:

  • membeli barang dan khidmat yang perlu
  • penjagaan diri sendiri dan menjaga orang lain, termasuk rawatan perubatan, atau untuk mendapatkan ujian COVID-19
  • bersenam
  • pekerjaan yang diluluskan dan pengajian yang dibenarkan
  • untuk mendapatkan pemvaksinan COVID-19

Anda tidak dibenarkan menerima pelawat di rumah anda atau melawat orang lain kecuali atas alasan penjagaan dan belas ihsan. Jika ada pasangan intim, dia dibenarkan melawat anda. Jika ada teman yang membentuk "singles social bubble" (kelompok pergaulan bujang) bersama anda, teman anda itu boleh melawat anda.

Anda juga boleh meninggalkan rumah dalam keadaan kecemasan – misalnya jika menghadapi risiko keganasan rumah tangga.

Anda mesti memakai pelitup muka apabila meninggalkan rumah. Ini termasuk di dalam dan di luar.

Perubahan-perubahan ini diperkenalkan demi mengurangkan bilangan orang yang bergerak di serata Victoria. Jika kita semua melakukannya, kita akan membantu melindungi keluarga, sahabat handai, dan komuniti kita.

Tetaplah berada dalam jarak 5 km dari rumah anda

  • Untuk bersenam dan membeli barang keperluan, anda mesti berada dalam jarak 5 km dari rumah anda.
  • Jika tidak boleh mendapatkan barang keperluan dalam jarak 5 km, anda dibenarkan pergi ke kedai-kedai terdekat.
  • Anda dibenarkan bersenam di luar rumah anda selama 2 jam sehari, sama ada dengan isi rumah anda atau seorang lain, dengan syarat setiap orang tidak menempuh perjalanan lebih dari 5 km dari rumah mereka.
  • Anda dibenarkan pergi lebih dari 5 km dari rumah bagi mendapatkan vaksin COVID-19, untuk penjagaan diri sendiri dan menjaga orang lain, atau untuk pekerjaan yang diluluskan atau pengajian yang diizinkan.

Pergaulan sosial

  • Jika anda tinggal seorang diri atau ibu bapa tunggal, anda boleh membentuk ‘singles social bubble' (kelompok pergaulan bujang) dengan mencalonkan seorang lain bagi membentuk kelompok bujang dengan anda.
  • Anda boleh menerima lawatan di rumah anda oleh teman yang membentuk kelompok pergaulan dengan anda.
  • Orang yang dicalonkan itu boleh berasal dari satu isi rumah atau rumah yang dikongsi, dan anda juga boleh melawatnya di rumahnya, tetapi hanya apabila dia seorang diri.
  • Jika ada pasangan intim, dia dibenarkan melawat anda. Anda tidak dibenarkan mempunyai pasangan intim dan kelompok pergaulan bujang pada masa yang sama.

Pekerjaan dan pendidikan

  • Anda mesti bekerja dari rumah, kecuali anda pekerja dibenarkan yang tidak boleh bekerja dari rumah. Jika boleh bekerja dari rumah, anda mesti bekerja dari rumah.
  • Pengajian TAFE dan universiti mesti dilakukan dari rumah.
  • Semua sekolah ditutup tetapi dibuka untuk kanak-kanak rentan dan anak pekerja dibenarkan yang tidak boleh bekerja dari rumah.
  • Khidmat pendidikan awal kanak-kanak, tadika dan khidmat penjagaan kanak-kanak semua dibuka.

Aktiviti dan dewan acara

  • Restoran dan kafe dibenarkan menyajikan makanan untuk dibawa pergi dan dihantar sahaja.
  • Pub, bar dan kelab semua ditutup, kecuali bagi menyajikan makanan atau alkohol untuk dibawa pergi.
  • Jualan runcit penting (seperti pasar raya dan farmasi) dibenarkan dibuka, tetapi runcit tidak penting hanya boleh menawarkan penghantaran atau 'click and collect' (pesan dan ambil sendiri).
  • Khidmat kecantikan dan penjagaan diri semuanya ditutup.
  • Dewan acara komuniti dan hiburan, serta kolam renang dan pusat sukan semuanya ditutup.
  • Perpustakaan dibuka untuk 'click and collect' (pesan dan ambil sendiri).
  • Majlis perkahwinan tidak dibenarkan (kecuali dalam keadaan luar biasa dan atas dasar ihsan).
  • Pengebumian hanya boleh dihadiri oleh 10 orang berkabung, selain mereka yang perlu untuk melangsungkan upacara pengebumian.
  • Perhimpunan dan upacara keagamaan tidak dibenarkan. Anda hanya dibenarkan masuk ke premis itu untuk membuat siaran upacara (kepada maksimum lima orang).

Pelitup muka

Mereka yang berumur 12 tahun ke atas mesti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah melainkan dibenarkan sesuatu pengecualian. Misalnya:

  • jika menghidap masalah perubatan, termasuk masalah pernafasan, masalah serius pada muka, kurang upaya atau masalah kesihatan mental.
  • jika berada di dalam kereta seorang diri atau dengan ahli isi rumah anda.
  • jika melakukan senaman berat seperti berlari atau jogging, namun anda masih dikehendaki membawanya.

Ujian dan pengasingan

Jika mengalami mana-mana gejala koronavirus (COVID-19), anda mesti menjalani ujian dan duduk di rumah sehingga mendapat keputusan ujian. Jangan pergi kerja atau berjalan-jalan di kedai.

Gejala koronavirus termasuk:

  • Demam, demam gigil atau berpeluh
  • batuk atau sakit tekak
  • sesak nafas
  • selesema
  • hilang deria bau atau rasa

Ujian koronavirus (COVID-19) disediakan percuma untuk semua orang. Ini termasuk mereka yang tiada kad Medicare, misalnya pelawat dari luar negara, pekerja migran dan peminta suaka.

Jika anda disahkan positif koronavirus (COVID-19), anda mesti mengasingkan diri di rumah anda.

Jika anda kontak rapat dengan seseorang yang dijangkiti koronavirus (COVID-19), anda mesti kuarantin diri sendiri (duduk di rumah) selama 14 hari.

Jika anda tinggal bersama atau meluangkan masa bersama dengan seseorang kontak rapat yang disyaki terkena COVID-19, anda akan diminta untuk duduk di rumah.

Lokasi-lokasi pendedahan orang ramai

Apa yang perlu anda lakukan

Jika anda pernah pergi ke salah satu lokasi pendedahan pada waktu yang dinyatakan:

Klik di sini untuk melihat lokasi pendedahan yang terbaru

Premis-premis ini didapati mempunyai kes yang disahkan semasa tempoh virus menular. Ini tidak bermaksud bahawa terdapat risiko berterusan yang terkait dengan premis berkenaan. Anda boleh mengunjungi premis berkenaan dengan selamat sejajar dengan sekatan semasa.

Tempoh pendedahan merupakan tarikh atau waktu seorang yang dijangkiti COVID-19 mengunjungi tempat berkenaan. Kunjungan itu berlaku pada masa orang itu boleh menjangkiti orang lain. Ini termasuk 48 jam sebelum mereka mengalami gejala.

Lokasi-lokasi ini dikenal pasti semasa pengesanan kontak. Pengesanan kontak dilakukan setelah terdapat orang yang positif ujian COVID-19.

Setiap lokasi disenaraikan selama 14 hari setelah kali terakhir dilawati seorang yang dijangkiti COVID-19 dalam tempoh berkenaan. 14 hari adalah jangka waktu paling lama (tempoh inkubasi) seorang yang mengunjungi sesuatu lokasi dan bertembung dengan orang yang menghidap COVID-19 dapat membawa virus sebelum menunjukkan simptom.

Lokasi risiko akan tetap disenaraikan selama 14 hari sejak pendedahan yang terbaharu.

Cari lokasi pendedahan orang ramai

Klik di sini untuk melihat lokasi pendedahan yang terbaru atau lihat peta lokasi pendedahan orang ramai di Victoria.

Bagi mereka yang telah pergi ke serata Australia, sila lihat senarai lokasi pendedahan yang diterbitkan bagi setiap negeri di bawah;

Jika anda berada di Victoria dan pernah pergi ke lokasi-lokasi ini pada waktu yang dinyatakan, ikuti nasihat yang tertera dan hubungi kami di 1300 651 160.

Lokasi-lokasi ini dikemas kini apabila maklumat baru diterima. Sila periksa lagi dari semasa ke semasa.

Untuk melihat lokasi pengujian, kunjungi Tempat-tempat untuk mendapatkan ujian.

Penjelasan tentang Tier (Aras) 1, 2, dan 3

Lokasi pendedahan Aras 1

Sesiapa yang pernah mengunjungi lokasi pendedahan Aras 1 pada waktu yang disenaraikan mesti serta-merta mengasingkan diri, mendapatkan ujian COVID-19, dan menjalani kuarantin selama 14 hari sejak tarikh pendedahan. Anda juga patut menghubungi Jabatan Kesihatan 1300 651 160.

Lokasi pendedahan Aras 2

Sesiapa yang pernah mengunjungi lokasi pendedahan Tahap 2 pada masa-masa yang disenaraikan harus segera mendapatkan ujian COVID-19 dan mengasingkan diri sehingga mendapat keputusan negatif. Anda juga patut menghubungi Jabatan Kesihatan 1300 651 160.

Pantau keadaan anda seterusnya, dan dapatkan ujian lagi jika terjadi simptom.

Lokasi pendedahan Aras 3

Sesiapa yang pernah mengunjungi lokasi pendedahan Aras 3 pada waktu yang disenaraikan patut memantau kalau-kalau terjadi simptom pada dirinya. Jika terjadi simptom, serta-merta dapatkan ujian COVID-19 dan asingkan diri sehingga menerima keputusan negatif.

Siapakah yang saya dapat hubungi jika memerlukan bantuan?

Jika memerlukan bantuan, hubungi Talian Penting COVID-19 Victorian Department of Health (Jabatan Kesihatan Victoria) 1800 675 398.

Jika memerlukan jurubahasa melalui telefon, sila hubungi TIS National 131 450.

Sokongan yang disediakan

Jika anda bimbang kehilangan pendapatan semasa menunggu keputusan ujian, anda mungkin layak mendapat Coronavirus (COVID-19) Test Isolation Support (Sokongan Kewangan Pengasingan Ujian Koronavirus) sebanyak $450. Bantuan ini memberi sokongan semasa anda duduk di rumah.

Jika anda disahkan positif atau kontak rapat kes yang disahkan, anda mungkin layak mendapat pembayaran $1,500. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian penting Koronavirus 1800 675 398. Jika perlukan jurubahasa, tekan kosong (0).

Jika anda atau seseorang yang anda kenali berasa cemas atau bimbang, anda boleh menghubungi Lifeline 13 11 14 atau Beyond Blue 1800 512 348. Jika perlukan jurubahasa, hubungi dahulu 131 450.

Jika berasa terasing, anda boleh hubungi talian penting koronavirus (COVID-19) 1800 675 398 dan tekan tiga (3). Jika perlukan jurubahasa, tekan kosong (0). Anda akan disambungkan kepada sukarelawan Australian Red Cross yang dapat menghubungkan anda dengan khidmat sokongan tempatan.

Sumber-sumber

Sila gunakan sumber-sumber maklumat di bawah ini dan kongsikan kepada komuniti anda melalui e-mel, media sosial atau rangkaian komuniti lain.

Ujian dan pengasingan

Jagalah keselamatan

Cara mendapatkan pertolongan

Pelitup muka

Reviewed 27 July 2021

24/7 Coronavirus Hotline

If you suspect you may have COVID-19 call the dedicated hotline – open 24 hours, 7 days.

Please keep Triple Zero (000) for emergencies only.

Was this page helpful?