vic_logo
coronavirus.vic.gov.au

Perjalanan dan pengangkutan (Travel and transport) - Bahasa Melayu (Malay)

Ketahuilah mengenai perubahan terhadap pengangkutan awam dan kuarantin serta perjalanan antara negeri dan luar negara.

Anda boleh memperoleh maklumat lanjut dalam bahasa Inggeris di halaman Travel and transport (Perjalanan dan pengangkutan) kami. 

Jika memerlukan bantuan lanjut dalam bahasa anda, anda boleh menghubungi TIS National pada nombor 131 450 dan meminta seorang jurubahasa, dan kemudian minta dihubungkan ke Pusat Panggilan Public Transport Victoria pada nombor 1800 800 007.

Skim Permit Perjalanan Victoria (Victorian Travel Permit Scheme)

Mulai jam 6 petang pada Isnin 11hb Januari 2021, anda perlu memohon permit untuk memasuki Victoria dari mana sahaja di Australia.

Sistem permit ini adalah untuk pelancong-pelancong dan penduduk-penduduk yang tinggal di Victoria yang sedang kembali balik ke Victoria.

Victoria akan mengkategorikan kawasan-kawasan lain di Australia di bawah warna hijau, oren atau merah bergantung kepada risiko coronavirus di kawasan tersebut.

Untuk permohonan permit, anda perlu memberikan maklumat perinci darihal tempat mana permulaan perjalanan, serta destinasi seterusnya.

Penghuni sempadan negeri tidaklah dikehendaki memohon permit, walaubagaimanapun golongan ini perlu memberikan bukti alamat rumah mereka semasa membatas sempadan negeri.

Kaedah memohon

Memohon permit melalui Service Victoria

Zon-zon permit

Zon merah bererti bahawa anda tidak boleh memasuki Victoria. Walaubagaianapun, terdapat beberapa golongan yang boleh diterima, yakni Specified Worker atau Freight Workers, atau permit pengecualian, atau pun permit pengecualian atas alasan belas kasihan. Jika anda memasuki dari sesuatu zon merah tanpa pengecualian atau pengecualian, atau permit kerja, anda akan dikenakan denda dan di-arah pulang balik.

Zon oren bererti anda boleh memohon permit dan perlu menjalankan ujian didalam masa 72 jam setelah sampai di Victoria. Anda mesti tetap berada di rumah sebelum dan selepas menjalani ujian anda sehingga anda menerima keputusan ujian negatif.

Zon hijau bererti anda boleh memohon permit dan memasuki Victoria. Sejurus sampai ke Victoria anda perlu berwaspada sekira terbitnya tanda-tanda kejangkitan, ujian perlulah dijalani sekiranya anda berasa kurang sihat.

Permit-permit pengecualian

Anda boleh memohon permit pengecualian jika anda mempunyai alasan yang sah. Ini mungkin merangkumi :

  • peristiwa akhir hayat atau upacara pengebumian
  • pulang ke rumah atas alasan kesihatan, kesejahteraan, penjagaan atau alasan belas kasihan
  • penempatan semula kecemasan
  • kesejahteraan haiwan di seberang sempadan.

Reviewed 15 January 2021

24/7 Coronavirus Hotline

If you suspect you may have coronavirus (COVID-19) call the dedicated hotline – open 24 hours, 7 days.

Please keep Triple Zero (000) for emergencies only.

Was this page helpful?