Jika memerlukan jurubahasa, hubungi Khidmat Penterjemahan dan Jurubahasa 131 450.
Mengapa anda patut mendapatkan vaksin
Vaksin adalah selamat dan berkesan melindungi kita daripada sakit teruk akibat COVID-19. Penting sekali anda lengkap dos vaksin, demi perlindungan maksimum terhadap virus ini.
Bagaimana mendapatkan vaksin
Vaksin boleh didapati di:
- Doktor GP
- Klinik Pernafasan
- Farmasi
- Perkhidmatan kesihatan komuniti.
Minta nasihat doktor GP jika ada masalah kesihatan terdahulu atau tidak pasti berapa dos yang anda perlukan.
Vaksin diberikan percuma, tidak perlu kad Medicare untuk mendapatkannya.
Siapa yang boleh mendapatkan vaksin
Semua orang yang berumur 5 tahun ke atas layak mendapat vaksin. Sesetengah kanak-kanak berumur 6 bulan hingga kurang 5 tahun layak divaksin jika:
- terjejas keimunan
- mengalami kekurangan upaya
- mengalami pelbagai masalah kesihatan.
Vaksin bivalen baharu yang disasarkan terhadap pelbagai varian Omicron disediakan sebagai dos penggalak untuk sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas.
Minta nasihat doktor GP tentang berapa dos dan vaksin mana yang disyorkan untuk anda dan anak anda. Untuk mendapatkan penerangan lanjut, layari Dapatkan .
Selepas divaksin
Anda mungkin mengalami kesan sampingan seperti kesakitan di tempat tusukan jarum, keletihan, sakit otot, demam atau demam gigil dan sakit sendi. Kesan sampingan ini normal dan menandakan vaksin berfungsi. Biasanya ringan dan lega selepas satu dua hari.
Kesan sampingan yang serius sangat jarang berlaku. Hubungi doktor jika khuatir, atau jika kesan sampingan tidak lega setelah beberapa hari.
Mengenai vaksin COVID-19
Semua vaksin mesti memenuhi piawai keselamatan yang ketat yang ditetapkan oleh Pentadbiran Barangan Terapi untuk digunakan di Australia. Vaksin diberikan oleh pengamal perubatan yang bertauliah.
Di Australia, empat vaksin disediakan dan diluluskan:
- Pfizer
- Moderna
- Novavax
- AstraZeneca
Orang ramai mungkin mendapat vaksin yang berbeza-beza berdasarkan umur dan masalah perubatan mereka. Minta nasihat doktor GP untuk mengetahui vaksin mana yang sesuai untuk anda.
Penerangan lanjut
Tempahlah dos vaksin anda seterusnya di GP atau farmasi setempat menggunakan pencari klinik . Untuk penerangan lanjut, hubungi Talian Bantuan Coronavirus Nasional 1800 020 080.
Reviewed 12 December 2022